KARANGAN CEREKA
Setiap insan pasti melakukan kesilapan dalam hidup. Tulis sebuah cerita yang bertemakan keinsafan.
Amran termenung di jendela bilik tidurnya. Matanya terpandang pada anak - anak jirannya yang sedang girang bermain di taman permainan berhampiran dengan banglonya itu. Fikirannya melayang jauh dan teringat kembali peristiwa lalu yang terjadi pada dirinya dua tahun lalu. Hidup pada peristiwa lalunya diselubingi dengan dosa. Cara hidupnya dahulu penuh dengan dosa dan noda.
Amran merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya. Harta kekayaannya telah menyebabkan dirinya lupa tentang suruhan agama. Amran hanya tahu untuk bersuka ria selepas kerja. Amran selalu pergi ke kelab malam dan berfoya - foya. Amran juga selalu berzina dengan pelacur yang disediakan di kelab malam dan meminum minuman keras. Dia tidak pernah memikirkan langsung tentang dosa dan azab yang menantinya di akhirat kelak. Amran juga menerima rasuah di syarikatnya apabila dia diminta untuk meluluskan sesuatu projek. Pada setiap malam, Amran akan pulang lambat ke rumah. Ibunya selalu bertanya kepadanya, " Amran balik lambat lagi hari ini. Amran ke mana sehingga lewat pulang ke rumah begini ? Hampir setiap hari Amran pulang lambat. " Namun Amran hanya menjawab, " Ibu, Amran pergi jumpa kawanlah ! Ibu jangan sibuklah ". Ibu Amran hanya mendengar jawapan yang sama sahaja setiap hari tetapi ibunya tahu dia pergi kelab malam setiap hari. Oleh itu, ibunya sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar anaknya itu diberikan hidayah.
Pada suatu hari, Amran tidak pergi ke kelab malam. Dia cuma terasa perutnya lapar sahaja . Oleh itu, selepas kerja, dia pergi ke sebuah restoran yang terletak di bandar. Dia memesan banyak makanan pada malam itu. Dia juga membungkus sedikit makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Setelah selesai menikmati makanannya di restoran itu, dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, seorang budak kecil telah menahan keretanya untuk meminta sedekah. Budak kecil itu sungguh busuk dan kotor. Dia tidak mempedulikan budak kecil tersebut malah dia cuba menghalau budak tersebut. Budak kecil itu secara tiba - tiba ghaib. Amran berasa sangat pelik pada malam itu.
Kemudian, Amran memandu kereta semula. Namun sekali lagi dia melihat kelibat budak kecil itu. Namun pada kali ini, budak kecil tersebut memakai baju yang bersih dan kemas. Dia berasa pelik bagaimana budak kecil itu boleh berpakaian kemas sedangkan baru sahaja dilihatnya memakai baju yang kotor dan busuk. Oleh itu, Amran pun mengikut budak kecil itu namun sekali lagi budak itu hilang begitu sahaja.
Tanpa disedarinya, dia sudah berada di hadapan sebuah surau. Dia terpaku apabila berdiri di hadapan surau tersebut. Kemudian, seorang lelaki yang turut ke surau itu menegurnya. Lelaki tersebut mengajaknya untuk sembahyang secara berjemaah di dalam surau. Sepanjang Amran hidup inilah kali pertama dia menunaikan sembahyang. Dia berasa insaf dan bersalah kerana selama ini dia tidak pernah menunaikan perkara wajib yang dituntut dalam agama Islam.
Kini, Amran berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas hidayah yang diterima olehnya. Dia berasa gembira kerana dia masih lagi mampu untuk memperbaiki kesilapannya pada masa yang lalu. Amran kini sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Amran tinggal bersama - sama dengan ibunya dan hidup bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan